bagaimana menjadi seorang usahawan berjaya

Perkataan Usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru, Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris “entrepreneur’. Perkataan ini berasal dari perkataan Perencis, yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Ia mula digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.
Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut :

Kamus Dewan mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha yang dimaksudkan sebagai pekerja secara besar-basaran untuk membuat barang-barang industry atau perkerjaan berniaga secara besar-besaran.
The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan factor pengeluaran termasuk modal,buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.
Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang invator yang boleh mengakibatkan kepada sesuatu pembaharuaan.

Webstar’s Third News International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orag yang mengurus sesuatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelolakan, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.

Carland pula mendefinasikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.
Secara kesimpulanya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakanya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang telah dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang meneraju perniagaanya dan dapat menuntut hak keempunyaan keatas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaanya untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin Berjaya atas usaha sendiri.

Keusahawan adalah merupakan astu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan. Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut,
1. Mengenalpastikan peluang perniagaan.
2. Mengendaliakan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang lain
3. Mendapat kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.
4. Mendapat kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
5. Mengambil risiko yang telah diperhintungkan
6. Mentadbirkan dan menggukan factor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan social
7. Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.

Keusahawan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan feadah kepada dirinya tetepi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta member sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan menguruskan perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati. Perbezaan antara usahawan dan keusahawan ialah usahawan merupakan orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai cirri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko dan bijak mengambil peluang yang ada. Manakala keusahawana ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada product atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru. Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan Negara. Contoh En.Zaid menjalankan perniagaan runcit . ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kauter pembanyaran. Kedainya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di Bandar lain.

Mengikut pendapat Kuratko dan Hodgetts usahawan adalah orang yang menerima tugas tersebut untuk mengendalikan ,mengurus dan menganggarkan risiko perniagaan tersebut. Usahawan juga adalah pemangkin untuk perubahan ekonomi yang mengunakan tujuan mereka untuk mendapatkanya, mengambil berat sepenuhnya terhadap rancangan yang dibuat, serta mengadilinya apabila membawa keluar dari prosess keusahawanan.

Pada masa kini, usahawan adalah pembangun yang mengenalpasti dan merubut peluang yang ada, menukar peluang tersebut menjadi idea yang boleh dilaksanakan dan boleh dipasarkan. Menambah nilai melalui masa,usaha,wang atau kemahiran mengendalikan risiko bagi pesaing-pesaing dalam pasaran serta melaksanakan idea tersebut dan memperolehi ganjaran daripada usaha tersebut.

Ciri-ciri usahawan berjaya.
Ciri-ciri asas yang perlu ada untuk menjadi usahawan Berjaya seperti yang dinyatakan oleh Mclleland and Mc Ber (1985)

1.Ada daya inisistif yang tinggi,

Usahawan seharusnya bertindak cergas tanpa menunggu untuk melakukan sesuatu. Kewujudan ciri ini dapat meningkatkan kebolehan untuk melakukan sesuatu terlebih dahulu berbanding dengan orang lain. Dalam mengurus perniagaan, usahawan perlu dapat menbezakan antara kemungkinan dan reality. Jangan terlalu gopoh dalam membuat keputusan hanya kerana melihat reality orang lain boleh Berjaya dalam bisnes yang mereka jalankan. Untuk memahami kemungkinan dan reality, usahawan perlu mengetahui risiko perniagaan yang ada. Jika anda mampu mengurus dan mengenalpasti risiko tersebut, reality keuntungan yang dicari itu akan menjadi milik anda.

2.Peka kepada maklumat.

Maklumat adalah asas kepada perancangan perniagaan. Dengan maklumat seseorang peniaga dapat menawarkan apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan.setiap usahawan hendaklah mengetahuai secara mendalam aspek operasi perniagaan yang beliau ingin ceburi terlebih dahulu. Sekiranya beliau ingin menjalankan perniagaan jual beli perkakas aksesories kereta. Beliau hendaklah mengetahui tentang aspek harga,jenis produk,pembekal dan pelanggan yang akan berurusan dengannya. Begitu beliau perlu tahu juga tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat didalam bidang perniagaan tersebut. Beliau harus mampu untuk mengendalikan dan menjalankan dengan sendiri sebarang perniagaan yang beliau ceburi.


3.Lihat dan rebut peluang.

Usahawan perlu belajar bagaimana untuk melihat peluang yang ada di sekelilingnya dan seterusnya mengambil peluang tersebut. Peluang wujud disetiap sudut di sekeliling kita, hanya kita sahaja yang tidak dapat melihatnya. Justeru, usahawan perlu berusaha dan mempunyai fikiran yang kreatif dan lateral ( keadah berfikir yang menjangkaui batasan kebiasaan).
Seorang usahawan perlu tabah dan cekal dalam menjalankan perniagaannya. Setiap usaha yang dilakukanya kadang-kadang memakan masa untuk membuahkan hasil dan oleh itu kecekalan usahawan untuk terus berusaha tanpa kenal jemu adalah paling penting. Sebagai seorang usahawan jangan terlalu terpaku kepada satu idea sahaja, ingatlah keanikaragaman idea merupakan inti dari keusahawanan. Bermain dengan berbagai idea yang berpeluang dapat memberikan keuntungan dan daya maju perniagaan. Kreativiti yang lahir daripada idea yang bernas akan menjadi kunci daya maju sesuatu perniagaan.

4.Utamakan mutu kerja dan pekerja

Perkara ini adalah paling penting, sebagai contoh pekedai makanan kebiasaanya akan menggunakan daging atau sayur yang murah untuk dimasak bagi mendapatkan pulangan yang tinggi. Namun mutunya adalah rendah dan ini mengakibatkan pelanggan tidak mahu lagi dating kekedainya. Dengan mutu kerja yang rendah sesuatu kerja tidak akan membuahkan hasil yang cermerlang. Justeru itu kualiti perlu di utamakan untuk mendapatkan hasil yang maksima.
Usahawan perlu komited kepada perjanjian kerja, seringkali kita mendengar orang luar mengejek kita orang Malaysia dengan ungkapan lambat pun taka apa kerana itu masa orang Malaysia, mereka sedia maklum. Perkara ini berlaku kerana orang kita sendiri suka mungkir janji dan tidak berpegang pada janji. Seorang Usahawan haruslah menepati janji dalam apa jua keadaan baik temu janji mahupun perjanjian kontrak kerja. Orang yang berpegang pada janji akan sentiasa diberi kepercayaan oleh pihak lain.

Usahawan juga perlu mengelola,melatih dan memberi motivasi kepada para pekerja merupakan salah satu faktor yang dapat memperkasakan perniagaan. Tanpa kesabaran,ketekunan dan sumber manusia yang ada,masalah perniagaan akan semakin rumit. Akhirnya moral,produktiviti kerja dan keuntungan perniagaan akan mengecil . kesalahan sering dicari tetapi ganjaran sering pula dihindari. Sumbangan pekerja dilihat sepi kerana meresakan kuasa dan hak segala keputusan prniagaan hak mutlak usahawan itu sendiri.

Usahawan tidak boleh melakukan pelbagai perkara secara sendirian, usahawan pasti tidak mampu mengatasi semua masalah yang dating secara serentak. Kejayaan akan tercapai jika mengaji pekerja yang berkebolehan dan mengagihkan tanggungjawab kepada mereka. Kejaya tidak mampu dicapai tanpa kerjasama untuk untung, usahawan perlu mengharapkan pelanggan untuk membeli produk mereka dan melaksanakan kerja-kerja perniagaan, kerjasama daripada pekerja diperlukan.

5.Buat perancangan.

Kecekapan adalah tonggok kepada keuntungan. Justeru, usahawan perlu sentiasa memikirkan bagaimana untuk mengeluarkan sesuatu hasil dengan pantas dengan kos yang munasabah tanpa mengorbankan kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Seorang usahawan harus membuat perancangan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu projek. Terdapat sesetengah orang kita yang tanpa berfikir panjang melaksanakan projek secara tergesa-gesa dan akhirnya menanggung kerugian yang besar. Perkara yang sama juga terjadi kepada usahawan yang suka meniru idea oaring lain atau mengikut orang lain. Melaksanakan perancangan membolehkan usahawan bersedia dengan lebih rapi untuk menghadapi pelbagai jenis masalah yang bakal timbul.

Rancangan pemasaran akan memberikan maklumat yang lebih tepat dalam merangka strategi promosi produk bisnis yang diusahakan. Kejituan perancangan pemasaran pula dapat menarik perhatian pelanggan yang secara tidak langsung akan memberi kelebihan untuk usahawan bersaing.

Faktor-faktor luaran yang perlu dinilai oleh usahawan.

Usahawan perlu untuk menilai persekitaran bukan sahaja sebelum memulakan perniagaan tetapi juga semasa peringkat pertumbuhan kegiatan. Persekitaran adalah situasi dimana kegiatan perniagaan dijalankan. Persekitaran kegiatan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu persekitaran luaran dan persekitaran dalaman. Persekitaran boleh mempengaruhi usahawan dalam membuat keputusan dalam jangka masa panjang dan elemen yang tidak boleh dikawal. Persekitaran luaran terdiri daripada, Politik dan Perundangan, Ekonomi, Sosio-budaya dan Teknologi, serta Persekitaran Industri iaitu Pelanggan,Pesaing,Pembekal,Institusi Kewangan,Organisasi Bukan kerajaan dan Agensi Kerajaan.

1. Politik dan Perundangan.

Politik dan perundangan bagi persekitaran luaran adalah arena dalam tarikan yang berbeza bagi kumpulan bersaing kepada sumber dan perhatian mereka. Ianya adalah persekitaran dimana usahawan melatih kuasa politik mereka. Untuk pergi lebih jauh usahawan harus mengambil elemen perundangan dan politik yang terdiri dalam kegiatan baru. Mereka haruslah mematuhi dan mengikut dasar perundangan dan peraturan dimana perniagaan dijalankan.
Terdapat banyak perbezaan politik dan perundangan diantara satu Negara dengan Negara yang lain. Isu global, usahawan perlu peka kepada sekatan perdagangan,tariff dan risiko politik, termasuklah perhubungan dua hala atau prlbagai pihak. Semua isu adalah berkaitan antara satu sama lain.

Sekatan perdagangan dan tariff adalah mengenakan perkhidmatan dan baik bagi perdagangan antarabangsa. Mereka mendapat aliran percuma bagi sumber dari Negara lain bagi melindungi industri dalam Negara, sebagai contoh ,sekatan perdagangan memaksa industri automobile dalam Malaysia.

Risiko politik, ianya merujuk kepada potensi ketidakstabilan amalan, rasuah, dan keganasan dalam Negara atau kawasan dimana peniaga-peniaga mengambil tempat. Dalam kawasan di mana risiko politik adalah tinggi, ianya sukar dan kosnya tinggi untuk usahawan membeli,melindungi dan melakukan sesuatu kepada sumber. Risiko lain termasuklah political dan keganasan fizikal, pemerasan dan amalan rasuah yang terlibat dalam pembayaran yang tidak beretika. Ianya menambah kepada kos untuk kegiatan baru.

Perjanjian perdagangan, ianya adalah corak untuk meningkatkan perjanjian antara Negara. Sebagai contoh, Asean Free Trade Agreement (AFTA) dan WTO, usahawan Malaysia harus prihatin apabila membuat keputusan berhubung dengan perdagangan antarabangsa. Matlamat perjanjian adalah untuk meningkatkan produktiviti ekonomi disamping melindungi kawasan geografi. Isu kebangsaan, usahawan mestilah peka kepada cukai,perundangan dan perbelanjaan kerajaan. Kesemua isu ini adalah saling berkaitan. Melalui AFTA dan WTO kita mempunyai peluang cerah kerana pasaran yang luas yang mana jumlah rakyat dan pengguna seramai lebih kurang 510 juta.

Cukai adalah faktor utama politik yang mana usahawan berada di peringkat kebangsaan, kesan cukai kepada operasi perniagaan adalah seperti, mengurangkan tunai yang boleh digunakan untuk kegiatan perniagaan untuk melabur, di Malaysia cukai dikurangkan bagi mengalakan pelabur atau usahawan berniaga disini. Ianya telah menunjukkan kejayaan dengan bertambahnya usahawan baru pada setiap tahun.

Perundangan, dalam hal ini usahawan seharusnya menilai persekitaran politik dengan teliti untuk mengenal pasti ancaman atau peluang-peluang yang wujud. Kadangkala kesan perundangan kepada perniaga adalah negetif. Ianya boleh menambah kos perniagaan dalam perkara berkaitan dengan kertas kerja, percubaan,mengawasi dan pematuhan. Secara umumnya, kestabilan politik Negara dimana perniagaan beroperasi menyediakan peluang kepada usahawan untuk memulakan kegiatan baru atau mengembangkan perniagaan mereka. Di Malaysia perniagaan barangan yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan dan barangan terkawal seperti penjualan senjata api hanya dibenarkan kepada mereka yang berlesen sahaja, begitu juga penjualan minuman keras.

2. Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam kejayaan atau kegagalan bagi sebarang aktiviti baru. Persekitaran ekonomi merangkumi keseluruhan perkhidmatan dan barangan yang dikeluarkan, pengedaran,penjualan dan penggunaanya. Usahawan perlu menganalisis persekitaran di peringkat tempatan,Negara dan global, dimana perniagaan mereka beroperasi, setiap perniagaan adalah berkait rapat dengan yang lain dengan tiga peringkat persekitaran ekonomi. Usahawan perlu tahu peringkat mana kesanya lebih baik kepada usahawan. Ia seharusnya mengecam,mengawasi,meramal dan menilai keadaan ekonomi yang memberi kesan kepada kegiatan baru. Mereka perlu melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan boleh menentukan pembolehubah yang relevan untuk menganalisis.

Keadaan ekonomi di Malaysia pada masa kini amatlah baik untuk memulakan sesuatu perniagaan dimana ekonomi semakin berkembang, kadar tukaran mata wang asing yang tinggi terutamanya dollar US,mempunyai infrastruktur yang baik seperti KLIA,pelabuhan,Cyberjaya yang menempatkan pejabat antarabangsa yang menggunakan system IT yang canggih, lebuhraya yang baik memudahkan pergerakan laluan darat.

3. Teknologi

Analisis teknologi diperlukan untuk mengesan dan mengawasi dari masa penyelidikan asas sehingga kepada pembangunan produk dan komersial. Perubahan teknologi terbahagi kepada dua iaitu terdiri daripada ciptaan tulen dan proses pembaharuan

Ciptaan tulen merujuk kepada menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza dari kewujudan produk atau teknologi . pembaharuan mempunyai nilai yang ekonomik dan tiada persaingan diperingkat permulaan ianya dimonopoli oleh individu yang mengikut peraturan undang-undang dalam penciptaanya, tetapi terdapat keburukan dengan coptaan ini kerana ianya tiada pasaran pada peringkat awal. Ciptaan baru boleh menghasilkan pasaran baru dan peluang-peluang untuk perniagaan, sebagai contoh ciptaan semikonduktor menghasilkan peluang-peluang perniagaan dalam computer.

Proses pembaharuan adalah merujuk kepada perubahan kecil dalam rekabentuk ,pembentukan produk,dan perkilangan bahan mentah dan pengedaranya. Penelitian dan mengawasi perubahan dalam teknologi adalah bukan satu tugas yang mudah kerana maklumat bukanlah secara mudah berubah, walaubagaimanapun ianya adalah feadah yang sangat baik dan ianya merupakan peluang sekiranya usahawan mengetahui maklumat tersebut.

4. Faktor Sosio-Budaya.

Faktor persekitaran sosio budaya meliputi dua aspek utama, demografi dan corak hidup budaya masyarakat. Ianya adalah peluang-peluang perniagaan yang wujud dalam budaya yang popular dikalangan masyarakat. Sebagai contoh peluang-peluang perniagaan kepada penggunaan dan barangan tahan lama, perkhidmatan dan peruncitan, hiburan dan perumahan serta pembinaan.
Pembinaan rumah bergantung kepada jumlah penduduk,kumpulan etnik, dan struktur penduduk mengikut umur, jantina,lokasi geografi dan populasi pengagihan pendapatan. Ini menyumbangkan kepada kadar permintaan pengguna,kuasa membeli dan kapasiti industri. Usahawan harus juga sedar bahawa elemen tersebut menyumbang kepada penghasilan pasaran dan peluang-peluang perniagaan. Sebagai contoh, peningkatan bilangan kanak-kanak boleh menghasilkan peluang perniagaan yang berkaitan untuk keperluan dan kemahuan bagi kumpulan tersebut, sebagai contoh perniagaan berasaskan pendidikan,makanan dan pakaian seperti lampin pakai buang.

Usahawan perlu mengesan dan mengikuti perubahan gaya hidup yang berlaku pada manusia dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan darinya.perubahan yang perlu diberi perhatian seperti pembentukan isi rumah, corak berkerja, peringkat pendidikan dan corak penggunaan.

Usahawan boleh menggunakan maklumat yang berkaitan daripada orang awam atau sumber tersendiri untuk mengesan dan mengawasi perubahan ini. Usahawan perlu meramal dan menilai maksud perubahan kepada kegiatan baru . contohnya masa kini gaya hidup sihat lebih ditekankan, oleh itu penjualan alat-alat untuk senaman dan ubat-ubatan penjagaan kesihatan amatlah kena pada masanya.

5. Persekitaran industri.

Persekitaran industri ini mempengaruhi aktiviti usahawan dan ianya adalah sukar kepada usahawan untuk mengawalnya. Usahawan perlu merancang dan melaksanakan beberapa langkah untuk mencapai pesaingan yang baik dalam industri. Pengaruh utama dalam industry adalah pengguna,pesaing,pengedar,intitusi kewangan,agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.

Pengguna adalah kumpulan sasaran utama dalam perniagaan. Mereka menggunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industry. Pengguna boleh terdiri daripada individu dalam masyarakat termasuklah suri rumah,pekerja,pelajar atau sekumpulan orang. Pengguna adalah raja dlam system pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pembeli industry termasuklah wakil jualan, pemborong dan peruncit. Kumpulan ini mempengaruhi keputusan usahawan.

Pesaing, usahawan dalam perniagaan perlu menganalisis secara betul pesaing mereka dalam industri. Pesaing-pesaing adalah peniaga yang dapat memenuhi sepenuhnya kehendak pelangan yang sama atau mempunyai potensi untuk berkhidmat kepada pelangan. Mereka boleh mengenalpsti dengan memastikan pelangan mereka boleh membeli produk atau perkhidmatan .

Usahawan boleh mengenal pasti mereka melalui panduan perniagaan. Sumber berasakan kepada gred analisis pesaing yang boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis kedudukan pesaing dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pesaing dan membantu mereka untuk menentukan kegiatan baru.

Pengedar atau pembekal, adalah kumpulan orang yang ke dua yang berpengaruh dalam aktiviti usahawan. Mereka boleh meningkatkan harga ketas caj bagi produk dan perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang terdapat dalam pasaran. Contoh yang ketera ialah berlakunya krisis kekurangan gula dalam pasaran pada baru-baru ini, disebabkan pembekal mengurangkan kuanti pengeluaran.

Institusi kewangan, adalah salah satu sumber pembiayaan luaran untuk memulakan kegiatan perniagaan yang baru atau untuk perbelanjaan menambahkan modal perniagaan sedia ada. Pinjaman diperolehi oleh kegiatan baru usahawan kerana tidak mempunyai trade record, tetapi juga kerana kos dalam perkara yang berkaitan dengan pembayaran dan beban perniagaan, jadi institusi kewangan mempunyai pengaruh terus kepada usahawan. Jika pembiayaan yang diperolehi besar maka besarlah saiz perniagaan yang akan dijalankan dan begitulah sebaliknya.

Kadar feadah yang tinggi yang dikenakan boleh menyebabkan usahawan yang baru tidak berani untuk memulakan perniagaan mereka, kerana bimbang dengan pulangan yang akan diperolehi tidak setimpal dengan kadar feadah pinjaman yang dibuat.

Kerajaan mempengaruhi aktiviti usahawan melalui perlaksanaan dasar. Contohnya dasar ekonomi baru dan dasar pertanian Negara yang dilaksanakan didalam Negara kita. Sebahagian dasar mempunyai impak secara terus kepada aktiviti perniagaan. Dasar kerajaan ini dan peraturan mempunyai objektif dan tujuannya yang tersendiri. Kerajaan juga menyediakan sokongan dan bantuan kepada usahawan. Contonya bantuan dan tunjukajar kepada usahawanl IKS.

Organisasi bukan kerajaan termasuklah msayarakat pengguna, organisasi politik, kumpulan-kumpulan agama, amsyarakat perniagaan, kumpulan persekitaran dan pelbagai lagi yang amat berminat yang boleh mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini boleh mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dengan penyebaran maklumat yang disampaikan berkenaan produck, boleh mempengaruhi pengguna dan member penekana kepada kerajaan untuk mengawal tindakan dalam beberapa isu. Contonya kempen penggunaan produk atau makanan yang disahkan halal bagi umat islam.

Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah contoh seorang usahawan yang bijak dan telah berjaya. Beliau telah mengambil peluang di dalam perniagaan pengedaran motosikal. Sebelum Berjaya beberapa proses telah dilalui oleh Mendiang dalam menjanakan idea-idea untuk memulakan perniagaan tersebut, kemungkinan proses-proses tersebut adalah,

Melihat dan merebut peluang, beliau mempunyai sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang yang ada. Apabila beliau melihat motosikal yang digunakan oleh penduduk jepun, beliau telah tetarik dan berfikir bahawa ia seabuah kenderaan yang hebat dan akan mendapat sambutan orang ramai suatu hari nanti, disamping ianya satu kenderaan yang kecil saiznya dan mampu dimiliki oleh pelbagai peringkat. Memperkenalkanya di Negara Malaysia adalah satu langkah yang bijak dan tepat.

Beliau telah mencari maklumat mengenai kenderaan tersebut dengan melakukan tinjuan sendiri dan menyelidik bagi memenuhi keperluan sebelum memulakan perniagaan. Untuk Berjaya usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini serta mendapatnya daripada sumber-sumber yang dipercayai, dan inilah yang telah dilakukan oleh Mendiang bagi mendapat maklumat lebih lanjut tentang motosikal yang dilihatnnya itu.

Beliau dapat menonjolkan diri untuk menyakinkan pelanggan membeli barangan yang diperniagakan, disamping dapat menyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan kepada perniagaanya sperti kakitangan, pelanggan,pembekal,dan intitusi kewangan terutamanya yang memberikan modal untuk menjalankan perniagaan beliau.



Kesimpulan

Untuk berjaya dalam perniagaan perlukan banyak pengorbanan. Namun apakah yang menjadi faktor utama seseorang itu untuk Berjaya dalam perniagaan. Apakah kerana pengurusan yang cekap, modal yang cukup sudah memadai untuk kita mencapai puncak kejayaan dalam perniagaan? Apa yang sering kita dengar apabila perniagaan seseorang itu jatuh dengan alas an modal, pengurusan,pesaingan dan sebagainya.

Diantara faktor utama penyumbang kepada kegagalan perniagaan ialah kesilapan yang dilakukan oleh usahawan sendiri dalam mengurus perniagaan mereka. Sarjana keusahawanan telah menjelaskan 70% kejayaan bisnes berpunca daripada usahawan itu sendiri, 20% daripada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dan selebihnya daripada faktor lain termasuklah pekerja dan ekonomi.

Seseorang usahawan perlu tabah dan cekal dalam menjalankan perniagaanya. Setiap usaha yang dilakukan kadang-kadang memakan masa untuk membuahkan hasil dan oleh itu kecekalan usahawan untuk berusaha tanpa jemu adalah penting.

Kadang kala, kita kita terlepas pandang terhadap pentingnya sikap amanah dan jujur dalam berurus niaga. Sikap ini sebenarnya modal terpenting bagi setiap usahawan yang ingin berjaya dan kekal lebih lama. Jika kita mempunyai pembantu, pastikan mereka juga mempunyai nilai amanah dalam diri mereka, kepada perusahaan dan juga majikan.