hari khas,hari ibu
Dalam bulan may ni banyak sungguh sambutan hari khas, ada hari ibu, hari guru, hari belia dan lain-lain lagi. Apa motif sebenarnya sambutan hari khas ni. Adakah sebagai satu penghormatan kepada mereka yang terlibat atau sebagai simpati. Dulu hari khas ini tidak begitu popular, tetapi sekarang dengan peranan media elektonik seperti TV, kini hari khas ini begitu dinantikan kerana media telah mengunakan hari khas ini bagi tujuan komersial dan untuk mengaut keuntungan, seperti mengadakan jamuan makan malam bersama ibu dan artis. Dan bagi Tv pula mereka mudah mendapatkan pihak penaja bagi menaja rancangan yang ada berkaitan dengan hari khas ini. Bagi aku tiada hari khas, terutama seperti hari ibu….kerana setiap hari adalah hari ibu bagi ku. Sayang ibu dan ayah…