motorsikal mainan anakku

Pentingnya simpan resit belian.

Baru-baru ni aku ada beli motorsikal mainan untuk anak aku yang berumur 3 tahun setengah, motorsikal tu guna bateri 6V yang boleh dicas semula, dengan harga RM150.00. tapi baru pakai satu hari sudah rosak.
Lalu aku bawa kembali kekedai yang aku beli, untuk dipulangkan atau dikembalikan atau diperbaiki
Soalan yang pertama yang ditanya mana resit belian, aku bernasib baik kerana masih menyimpan resit asal tersebut. Kerana tanpa resit tersebut pemulangan barangan tadi mungkin tak akan diterima.
Disini amat penting jika kita membeli sesuatu peralatan, terutama barangan elektrik atau barangan bermotor, pastikan resit belian disimpan dengan baik kerana kemungkin barangan yang kita beli tadi akan rosak dalam tempoh beberapa hari selepas dipakai. Dengan ini boleh dibuat pengaduan dan resit belian tadi sebagai bukti.
Berbalik kepada motosikal tadi, ianya terpaksa dipulangkan kembali kepada pengilang dan aku dikehendaki menuggunya dalam tempoh 15 hari. Lama tu untuk baiki motorsikal mainan sekecil itu. Tunggu aje lah. kasihan anak aku selalu Tanya mana motosikalnya.