PENCEMARAN BUMI KITA, TANGGUNG JAWAB SIAPA?

PENGENALAN

Pencemaran alam sekitar bermaksud perubahan secara fizikal ,biologi dan kimia terhadap alam sekitar, terdapat beberapa jenis bentuk pencemaran dan antaranya pencemaran udara,bunyi,air dan tanah. Pencemaran ini mempunyai pelbagai punca sehingga menyebabkan kawasan persekitaran tercemar. Alam sekitar yang sihat adalah faktor utama kearah kesejahteraan hidup. Dunia yang didiami oleh kita nyata semakin tercemar, pencemaran ini akan boleh membawa kesan negetif kepada kesihatan kita disamping ketidak seimbangan bumi pada masa depan.

Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Namun pembangunan yang kurang terancang memberi beberapa kesan sampingan terhadap persekitaran, ini disebabkan pembangunan yang dijalankan tidak disertakan dengan pemuliharaan alam sekitar. Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua negara didunia. Hampir semua negara menjadikan pencemaran alam sekitar sebagai isu utama.

Hubungan antara manusia dengan alam sekitar tidak boleh dipandang ringan. Alam tidak boleh menyuarakan rasa hati,kesengsaraan, kepedihan akibat diperlakukan sewenang-wenangnya oleh manusia. Apabila kesengsaraan tidak boleh tertanggung lagi, maka bersuaralah alam dalam bentuk seperti bencana. Kita akan merasai kesan kesengsaraan alam seperti tanah runtuh,banjir kilat, sungai yang kotor, gempa bumi dan cuaca yang tidak menentu

Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada empat bahagian utama, iaitu pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran tanah.


PENCEMARAN AIR.


AIR adalah sumber alam yang sangat penting, tanpa air amat sukar untuk manusia meneruskan kehidupan, memandangkan air amat penting kepada kelangsungan hidup. Akal manusia tentu sekali dapat melihat keperluan menjaga kualiti air agar ia akan sentiasa selamat untuk digunakan. Melihat akan kepentingan air kepada kehidupan samaada kepada manusia atau makhluk yang lain seperti binatang dan tumbuhan tentunya logik akal akan membantu kita untuk sentiasa memelihara kualiti air.

Pencemaran air termasuklah pencemaran sungai-sungai, tasik-tasik dan laut, yang berpunca daripada beberapa aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Diantara pencemaran air yang kerap berlaku adalah air sungai menjadi kotor disebabkan pembuangan sampah,sisa bahan buangan kilang-kilang secara haram dan tidak teratur, tumpuhan minyak daripada kapal-kapal. Kandungan air juga boleh tercemar daripada air larut resap atau leachate yang mengalir dari tempat pembuangan atau pelupusan sampah, menyebabkan air berbau busuk.

Kegiatan pembalakan yang tidak teratur juga menyumbang kepada pencemaran air sungai dimana kebanyakan air sungai menjadi keruh dan berlumpur. Aktiviti pertanian dan perternakan juga menyumbang kepada pencemaran air, dimana sisa-sisa bahan buangan ternakan seperti najis dibuang kedalam atau dialirkan kesungai, air seterusnya mengalir kekawasan tadahan atau tempat pengumpulan air atau empangan.

Pencemaran air adalah satu masalah alam sekitar yang bertambah serious dan sehingga sekarang masih tiada lagi keadah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini. Mengikut kajian hidrologi ada tiga klasifikasi pencemaran air berlaku iaitu

Pencemaran Fizikal, tak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam,kertas,kaca,plastik dan kelodok.

Pecemaran Biologi seperti najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezeherichia coli,cacing nemotad dan mikrob lain.

Pencemaran Kimia, bahan kimia terlarut daripada pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat dikelaskan sebagai pencemar kimia.

Di negara kita punca utama pemcemaran sungai atau air berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa kumbuhan disamping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadium raksa dan plumbum. Kajian yang dijalankan keatas 116 batang sungai diseluruh negara didapati10% tau 11 sungai paling teruk tercemar, sebanyak 63% lagi atau 73 batang sungai pada tahap tercemar, Cuma 27% atau 32 batang sungai sahaja dikatagorikan sebagai bersih.

Sungai Sepang, sungai Klang, sungai Buluh, sunagai Selangor dan sungai Golok adalah sungai-sungai yang teruk tercemar oleh kumbuhan, manakala beberapa sungai didapati mengandungi kandungan logam raksa, kadium, tembaga,plumbum serta zink yang tinggi seperti sungai Sawit dan sungai Tuaran di Sabah, sungai Pahang dan sungai Kempas. Lebih 70% masalah pencemaran air sungai disebabkan oleh kumbuhan dan pembuangan sampah selain itu, kelodok daripada hakisan yang juga sebahagian besarnya disebaakan oleh aktiviti penerokaan hutan serta perlepasan sisa oleh industri juga menjadi penyumbang utama masalah pencemaran air.

Kegiatan ternakan terutamanya najis khinzir turut menyumbang kepada pencemaran air. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menunjukkan sebahagian besar ladang terletak diSelangor dan Negeri Sembilan tidak mempunyai sistem pengurusan sisa najis khinzir yang betul dan menyebabkan pencemaran air, dengan kebanyakan membuang terus ke sungai. Antara sungai yang terlibat termasuklah sungai Sepang, sungai Skudai, sungai Sengget,sungai Klang dan sungai Damasara.

Kegiatan darpada Industri telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah pencemaran sungai atau air. Diantara penyumbang terbesar ialah industri pembersihan dan kerja-kerja logam, operasi pemprosesan filem, industri elektronik dan semikonduktor, industri makanan dan tapaian serta industri penghasilan barangan getah.
Terdapat beberapa kesan pencemaran air diantaraanya membahayakan kesihatan apabila air tercemar di minum. Ia boleh membawa penyakit taun,cirit-berit dan kolera, membunuh kehidupan akuatik seperti ikan, siput atau kerang yang akan dimakan oleh manusia, boleh mengakibatkan penyakit, selain menyebabkan penyakit kulit sekiranya kita mandi dengan air yang tercemar.

Kisah terbaru pada bulan april 2006 sebagai contoh lebih 2 juta penduduk didearah Kuala Langat,Hulu Langat, Petaling dan Sepang dilaporkan terputus bekalan air beberapa hari kerana pencemaran air busuk ommania di sungai Semeyih, yang berpunca akibat pencemaran daripada air kotor atau leachate, dari pusat pelupusan sampah Sungai Chembung milik Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), yang tidak mempunyai loji rawatan leachate yang sempurna menyebabkan sungai tercemar dan memasuki kawasan tadahan.

PENCEMARAN UDARA,

Melibatkan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang toksik atau radioaktif dalam atmosfera. Kegiatan industri secara jelas kita dapat perhatikan perlepasan asap-asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang. Asap-asap yang mengandungi diantaranya PM10,CO,Nitrogen Oksida dan Sebagainya. Yang mana ia merupakan penyebab kepada punca utama penipisan ozon. Selain itu bahan pencemaran yang dilepaskan keudara ini juga akan mengakibatakan pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar seperti pennyumbang kepada hujan asid, pemanasan bumi dan juga jerebu.

Penyebab pencemaran udara adalah adanya zat kimia diudara, diantara sumber pencemaran udara antara lain kenderaan bermotor, hasil pembakaran petrol dan diesel, kegiatan industri- pembakaran batu arang, sampah sarap, penggunaan bahan kimia, racun perosok, kebakaran hutan, letusan gunung berapi, asap rokok, dan bahan radioaktif. Bahan-bahan pencemaran terdiri daripada Karbon monoksida- dihasilkan oleh pembakaran yang tidak sempurna, konsentrasi CO lebih dari 32 ppm dapat menggangu pernafasan .

Karbon dioksida dihasilkan oleh pembakaran BBM , hasil fermatasi letusan gunung berapi, penafasan makhluk hidup. Oksida nitrogen (NO dan NO2), berasal dari pembakaran kenderaan bermotor dan industri pembangkit listrik bersifat beracun dan katalis pembangkit kabus. Oksida belerang, berasal dari pembakaran biji oksida, batu arang yang mengandungi belerang,gas SO2 bersifat racun menyebabkan mata pedih dan radang paru-paru, dengan wap air akan membentuk asid sulfat yang mengakibatkan hujan asid, telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan. Sulfur dioksida merupakan punca hujan asid, diantara kesan daripada hujan asid ialah menyebabkan kematian kepada haiwan dan tumbuhan, tasik yang terlalu berasid tidak sesuai lagi untuk hidupan, bangunan juga terhakis akibat hujan asid.

Penggunaan petrol berplumbum telah menyumbang peratusan pencemaran udara yang tinggi, petrol berplumbum berupaya menghasilkan gas karbon monoksida yang membahayakan kualiti udara kerana mengandungi kadar plumbum yang tinggi. Pencemaran udara akibat pembakaran hutan yang berleluasa jga berlaku, seperti kejadian pada akhir tahun 1994, telah menyebabkan jerebu terutamanya sekitar lembah klang, terdapatnya habuk dan sap yang terampai di udara akibat kebakaran hutan di Indonesia.
Selain itu kesan rumah hijau juga merupakan kesan pemcemaran udara, penghasilan gas karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berleluasa merupakan punca kesan rumah hijau. Gas yang lain seperti Metana,CFC dan Nitrus oksida merupakan punca yang lain. Kesan rumah hijau merupakan pemanasan bumi yang tidak terkawal. Kenaikan suhu telah mengakibatkan ketulan ais di artik dan artatika mencair, paras laut naik dan membanjiri kawasan yang rendah, ini menyebabkan penduduk dikawasan rendah terpaksa berpindah dan kegiatan ekonomi mereka sudah tentu terganggu.

Pencemaran udara juga menjejaskan kesihatan manusia, bahan-bahan pencemaran diudara akan menyebabkan gangguan pernafasan manusia serta penyakit paru-paru seperti barah. Karbon monoksida mengurangkan bekalan oksigen kepada sel-sel darah dan boleh menyebabkan kesesakan nafas dan membawa maut. Plumbum menyebabkan kecacatan mental dan fizikal, Nikotina menyebabkan barah mulut, kekuningan gigi dan mengeraskan arteri,Tar tembakau merosokan sel-sel paru-paru dan menyebabkan bronkitis dan barah paru-paru. Sinaran radioaktif menyebabkan penyakit barah tulang, kamandulan dan kecacatan bayi dalam kandungan seperti yang berlaku di Chernoby, Russia. Zarah-zarah daripada racun perosok menyebabkan keracunan dan kemandulan dan menyebabkan lapisan ozon menipis dan boleh menyebabkan kenser kulit.

Terdapat beberapa keadah untuk mengatasi masalah pencemaran udara, pencemaran ini jika tidak di ambil tindakan secepat mungkin akan membawa kesan buruk kepada kita semua. Keadah mengitar semula, bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan .ini dapat mengurangkan tahap pencemaran selain dapat juga mengurangkan pembakaran sampah yang menyumbang kepada pencemaran udara.

Penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan dapat juga membantu mengatasi pencemaran udara. Peraturan kenderaan bermotor (kawalan perlepasan asap,1977). Asap ekzos kenderaan mestilah tidak melebihi 50 HSU. Peraturan kualiti alam sekitar (udara bersih,1978) – menghadkan jarak antara industri yang mencemar dengan kawasan kediaman mestilah melebihi 1000 meter. Kawalan kepekatan plumbum dalam gasolin motor,1985 – mewajibkan para pengilang petrol menurunkan kandungan plumbum dalam petrol daripada 0.84 g/l keparas 0.4 g/l dan keparas 0.15 g/l.

Program pemuliharan hutan dan kempen menggalakan penggunaan barangan yang tidak mempunyai bahan CFC boleh memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya pencemaran udara dan menggalakkan orang ramai agar melindungi lapisan ozon.

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi adalah kehadiran bunyi yang tidak diingini disekitar kita yang boleh menggangu ketenteraman kita. Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga merupakan difinasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi ditempat atau kawasan yang tidak sesuai, sebagai contoh kilang-kilang yang mengeluarkan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah yang berhampiran dengannya. Pencemaran bunyi kebiasaanya melebihi 80 desibel (dB).

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis, iaitu Kebisingan Selenjar- ini adalah kebisingan yang perlahan dan kurang daripada 3 desibal(dB), ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

Kebisingan Fluktasi, kebisingan ini pula adalah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi aakan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja seperti bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.

Hentakan Impuls, ini merupakan bunyi yang lebih kuat intensiti dalam tempohyang lebih singkat seperti tembakan,ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun, akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

Kebisingan Selang-seli, kebisingan ini berlaku secara selang-seli, ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangkamasa yang pendek, contohnya ketika sesorang sedang memotong kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila berhenti.

Punca pencemaran bunyi berpunca daripada pembangunan kawasan industri, bunyi yang dikeluarkan melalui proses material, jentera, kenderaan, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain. Bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk besi ditanam didalam tanah akibat pembinaan bangunan tinggi, kenderaan awan yang mengeluarkan bunyi yang kuat, aktiviti masyaraakat seperti mendengar radio atau muzik dengan kuat, kewujudan kuari juga menyumbang pencemaran bunyi yang dikeluarkan akibat daripada proses pemecahan batu seperti letupan.

Antara kesan-kesan akibat pencemaran bunyi wujudnya pelbagai penyakit, menjejaskan produktif, gangguan psikologi, hilang imbangan diri, pekak dan juga kesan kepada ibu yang mengandung.

Langkah –langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pencemran bunyi adalah salah satunya melalui keadah perundangan, seperti Akta Kilang dan Jentera 1967,1963 dimana sesorang pekerja tidak boleh didedahkan kepada bunyi melebihi 95 dB selama 4 jam secara berterusan. Peraturan Kualiti Alam Sekitar 1978, menghadkan jarak diantara industri dengan kawasan perumahan mestilah melebihi 1000 meter bagi mengurangkan kesan bunyi bising.

PENCEMARAN TANAH.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan-bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemaran terdiri daripada pencemaran organik, kimia dan fizikal. Tahap pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah . Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang, tanah bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuhan-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu.

Punca-punca pencemaran tanah adalah bahan-bahan buangan kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang, dimana bahan ini dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah. Sebagai contoh penemuan sisa toksik yang cuba dilupuskan secara haram di Kampung Sungai Gatom,Labis, awal tahun ini telah menggemparkan seluruh negara, begitu juga dengan penemuan lokasi pembuangan sanga aluminium di Yong Peng. Pembuangan sampah merata-rata tempat oleh masyarakat serta keadah pelupusan sampah yang tidak sistematik.

Penggunaan racun serangga secara berlebihan juga boleh menjadikan salah satu punca pencemaran tanah. Penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha kilang bagi menjadikan kawasan perindustrian. Tanah yang diteroka ini selalunya lebih besar daripada yang ingin digunakan. Masalah yang timbul kawasan yang berlebihan ini akan terbiar dan mengakibatkan ketidak seimbangan ekosistem. Selain itu sampah yang dihasilkan oleh sisa perindustrian terutamannya karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya ketidak suburan tanah akibat peningkatan kekonduksian tanih yang mana tanah ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup.

Kesan pecemaran tanah menyebabkan kesuburan tanah menjadi kurang, tercemar, menjadi berasid dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian. Pengujian senjata nuklear juga turut mengacam kualiti tanah, tanah bukan sahaja tidak subur malah menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.

Di antara langkah perundangan yang diambil bagi mengawal pencemaran tanah seprti perlaksanaan Akta Bahan Buangan Berjadual,1985, mewajibkan kilang-kilang yang mengeluarkan bahan buangan kimia,biologi dan minyak berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar dan sisa mesti dibuang ditempat yang khas dan mesti dilengkapi dengan sistem kumbuhan, logi rawatan,tempat pembakaran insinarator. Manakala Kementerian Pertanian dan Kementerian Kesihatan melaksanakan akta Racun Perosok,1974, bagi menghalang sisa racun daripada sektor pertanian mencemar tanah.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM.

Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Pembangunan yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar juga turut terjejas. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang berkesan perlu untuk melindungi kualiti alam sekitar. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk melindungi kualiti alam sekitar. Cara yang dimaksudkan ialah;

a. Keadah Perundangan.

Kementerian Sains dan Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan akta keatas orang ramai. Undang-undang mengenai pelbagai jenis pencemaran harus memberi panduan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mengawal kadar pencemaran, terutamanya dari kilang-kilang perindustrian. Kerajaan mMalaysia telah menggubalkan pelbagai undang-undang, peraturan dan akta untuk melindungi dan mencegah pencemaran alam sekitar. Diantara akta dan peraturan yang dilaksanakan seperti

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1984(pindaan). Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan pelepasan asap,1977), Peraturan Kualiti Alam sekitar (minyak kelapa sawit,1977), Peraturan Kualiti Alam Sekitar (getah asli mentah,1978), Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978), Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbuhan dan Efluen Pertindustrian,1979), Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Bahan Buangan Berjadual,1985), Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor,1985). Akata Racun Perosok,1974, Akta Kilang dan Jentera 1976,1963. Akata Perhutanan Negara,1984. Deklarasi Langkawi telah ditandatangani oleh negara-negara Komenwel pada Oktober 1989. ini bertujuan mewujudkan satu set undang-undang adan akta-akta antarabangsa untuk mengatasi masalah pencemaran.

b. Kitar Semula.

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti kertas,bekas kaca atau plastik,ti aluminium,kertas dan cebisan kayu. Kitar semula juga bermaksud proses yang sangat selamat kepada alama sekitar kerana ia dapat mengurangkan tahap pencemaran. Selain itu, kitar semula juga dapat mengurangkan pembakaran sampah sarap.

c. Penggunaan Teknologi.

Penggunaan teknologi meden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa tknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpuhan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal sperti surat khabar lama, kertas, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya,contoh sampah sarap boleh dijadikan bahan apai untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti kelapa eawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Dengan adanya teknologi moden, penapis udara teklah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam udara.

Penyelidikan keatas minyak kelapa sawit sebagai penganti bahan api fosil adalah satu usaha yang mengalakkan pengurangkan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadai kurang mencemarkan alam sekitar.

d. Pendidikan,

untuk memupuk kesedaran mengenai pecemaran alam sekitar di kalangan orang ramai, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.ia perlu kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemar alam sekitar.

e. Pengguna,

Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pecemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barang yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.

f. Kempen-kempen.

Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara mengurus sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.

g. Pendedahan media massa.

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pemgguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah surat khabar dan televisyen.

h. Pameran bergerak.

Pameran yang dimaksudkan disini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.

Bahan-bahan menarik seperti carta,poster dan keratan akhbar boleh dipamirkan, selain itu pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh di tayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

PENUTUP

Malaysia pesat membangun kearah menjadi sebuah negara maju maka sudah tentu banyak kawasan perindustrian wujud dinegara ini. Namun negara masih lagi bergelut dengan isu pelupusan sisa toksik seoleh-oleh seperti negara di dunia ketiga. Isunya kini ialah penguatkuasaan untuk memastikan alam sekitar negara ini selamat dan bersih belum menyakinkan. Rakyat malaysia amat mengharap agar semua pihak memandang isu alam sekitar sebagai isu nasional. Air busuk,pencemaran alam sekitar, pembuangan sisa toksik dan pelbagai lagi isu yang membabitkan alam sekitar perlu diberi perhatian sewajarnya.

Memandangkan negara sekarang sedang diancam bahya pencemaran alam sekitar, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Tindakan yang tegas patut diambil keatas mereka yang melanggar undang-undang ini.

Kegagalan manusia untuk menghargai alam sekitar akan memudaratkan kehidupan manusia dan makhluk lainnya. Jika manusia gagal untuk menjalankan amanat menjaga alam, tidak siapa yang rugi kecuali manusia sendiri. Jika manusia dapat menggunakan akal fikirannya, tentu sekali sungai-sungai tidak tercemar akibat dari kegagalan menjaga kebersihan sungai. Longkang dan sungai tidak akan dipenuhi dengan sampah sarap. Hubungan antara manusia dengan alam amat perlu dijaga dalam memastikan kesucian alam sekitar tetap terpelihara. Dan manusia akan dapat terus merasai kenikmatan kehidupan ini.

“kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyong kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya kepada anak cucu kita….”. begitulah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar diseluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosokkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang.