projek ni syarikat aku baru dapat, lay pipe sejauh 19 km panjang,dengan kos sebanyak 19 juta. oleh kerana ayarikat aku tiada pengalaman dalam bidang ini, kami buat JV dengan syarikat lain yang doh pakar dalam kerja ni.
pagi tadi aku dengan boss aku pergi site meeting kat site, lihat banyak dah progress kira-kira 4km pipe telah dilay dan baki paip yang ada kat site cukup untuk lay sepanjang 7km lagi.
pihak pelanggan pun suka dengan pencapaian setakat ini, beliau berharap projek ini dapat disiapkan dalam tahun ini, juga, walaupun tempoh siapnya bulan 6 ,2009. suasana meeting pun selesa sikit taklah kena hentam bila projek tak jalan dengan lancar.
tapi kira ok juga kerana pihak konsultan banyak membantu dengan tambahan pengalaman kerja oleh rakan JV kami. aku harap projek ini berjalan dengan baik. kalau tak mati aku, pasal nanti mungkin aku sorang ke hadir meeting. boss buat sibuk aje.