sains,barat dan islam

1. PENGENALAN

Secara konsepnya, falsafah membawa pengertian sebagai suatu usaha mencari sesuatu kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan sesuatu kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan minda dan akal fikiran. Selain daripada itu, falsafah juga boleh diertikan sebagai pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang berasaskan kepada kebenaran bagi memberi penjelasan tentang sesuatu. Mengkhusus kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan,Sharifah Alwiah memberi penjelasan bahawa falsafah adalah sebagai sesuatu penyiasatan yang bersifat sistematik komprehensif dan logik berkenaan dengan asas-asas pemikiran bagi semua aktiviti manusia khususnya dalam bidang sains, seni, agama, dan pendidikan. Pengertian falsafah juga dapat difahami sebagai suatu usaha memberi penjelasan dan pendapat yang menyeluruh tentang manusia dan kehidupannya serta hubungannya dengan sarwajagat. Falsafah juga sebagai suatu aktiviti mentafsir atau menilai keseluruhan pengalaman manusia secara komprehensif. Falsafah melibatkan aktiviti membuat penilaian ke atas sesuatu fakta, dengan menganalisis maknanya, membuat interpretasi, meletakkan kepentingan dan mempertimbangkan fakta tersebut bagi tujuan kehidupan



2. TAKRIF TEORI DAN FALSAFAH SAINS BARAT DAN SAINS ISLAM


2.1 DEFINISI TEORI

Teori adalah rangkaian fakta, konsep dan prinsip dalam penyataan yang lebih luas untuk menerangkan secara sementara sesuatu kejadian, peristiwa atau fenemona. Ia juga gambaran imiginasi ahli sains mengenai sesuatu kejadian atau fenemona. Teori boleh disahkan kebenarannya berdasarkan kepada dalil-dalil baru sama ada bersifat maujud atau mujarad. Sebagai contoh, pada awal abab ke-19, John Dalton (1808) mengemukakan teori atom. Dia menyatakan bahawa atom tidak dapat dipecah atau dicipta. Pada ketika itu teori ini merupakan satu kejayaan besar dalam memecahkan kebuntuan ahli sains semenjak Tamadun Yunani dan Tamadun Islam untuk memahami struktur jisim. Dengan terciptanya peralatan baru yang lebih canggih, atom dapat dpecahkan dan seterusnya teori atom yang telah bertahan lama selama abad kemudian diubahsuai dan diperbaiki. Teori baru ini pula seterusnya mencetuskan pengkajian dan penerokaan lanjutan


2.2 DEFINISI FALSAFAH

Secara konsepnya, falsafah membawa pengertian sebagai suatu usaha mencari sesuatu kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan sesuatu kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan minda dan akal fikiran. Selain daripada itu, falsafah juga boleh diertikan sebagai pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang berasaskan kepada kebenaran bagi memberi penjelasan tentang sesuatu. Mengkhusus kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan,Sharifah Alwiah memberi penjelasan bahawa falsafah adalah sebagai sesuatu penyiasatan yang bersifat sistematik komprehensif dan logic berkenaan dengan asas-asas pemikiran bagi semua aktiviti manusia khususnya dalam bidang sains, seni, agama, dan pendidikan. Pengertian falsafah juga dapat difahami sebagai suatu usaha memberi penjelasan dan pendapat yang menyeluruh tentang manusia dan kehidupannya serta hubungannya dengan sarwajagat. Falsafah juga sebagai suatu aktiviti mentafsir atau menilai keseluruhan pengalaman manusia secara komprehensif. Falsafah melibatkan aktiviti membuat penilaian ke atas sesuatu fakta, dengan menganalisis maknanya, membuat interpretasi, meletakkan kepentingan dan mempertimbangkan fakta tersebut bagi tujuan kehidupan


2.3 TAKRIF SAINS

Sains berasal daripada perkataan Inggeris science dan perkataan Inggeris pula daripada Latin scientia yang bermaksud ilmu dalam bahasa melayu, iaitu pinjaman daripada perkataan Arab ‘ilmu.
Takrif Sains ialah “suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan penyataan yang terbukti atau melalui fakta-fakta yang ditinjau serta dicerapi dan disusun secara sistematik, dan dikumpul dalam bentuk hokum-hukum umum”. Daripada penakrifan umum tersebut dapatlah dirumuskan bahawa sains merupakan satu proses untuk mencari dan menemui satu kebenaran melalui pengetahuan, memahami tabii untuk menerangkan Hukum Alam, Hukum Sains (Law of nature) bagi menerangkan undang-undang tabii (Natural Laws). Sains memberikan penekanan kepada pencapaian pemikiran manusia dalam menguasai ilmu pengetahuan (knowledge). Bidang ilmu yang membolehkan manusia mengetahui, memahami dan menerangkan sesuatu fenomena yang terdapat dalam alam semesta. Suatu proses untuk mencari dan sampai kepada satu kebenaran dengan menggunakan kaedah mengajukan pertanyaan atau persoalan bagi mencari dan mendapat jawapan tentang asal usul alam semesta serta mencari kebanaran untuk menemui kebenaran mutlak. Sains merupakan asas dan landasan kepada perkembangan teknologi apabila pengetahuan sains yang didapati digunakan secara bersistem untuk tujuan amali


2.4 DEFINISI FALSAFAH SAINS BARAT

Falsafah Sains Barat boleh ditakrifkan sebagai mempercayai atau mengimani rasionalisme. Aliran rasionalisme menekankan akal atau reason sebagai umber ilmu pengetahuan. Aliran rasionalisme mendominasikan pemikiran Yunani keseluruhannya, sehingga dikenali sebagai aliran substansialisme, iaitu suatu teori pengetahuan yang menekankan hanya perkara yang kekal sahaja yang dapat diketahui dan dianggap benar. Oleh kerana sumber empirikal selalunya berubah-ubah, maka ialah bukanlah pengetahuan yang sebenarnya. Sebab itulah ilmu falsafah dan logic berkembang pesat di Yunani, kerana dunia Yunani memuja akal melebihi yang lain


2.5 DEFINISI FALSAFAH SAINS ISLAM

Falsafah Sains Islam pula terdapat konsep hierarki ilmu(maratib al-ulum) dalam Islam, di mana ilmu-ilmu yang berteraskan wahyu itu berada pada martabat lebih utama daripada ilmu-ilmu akal. Daripada segi epistemologinya, doktrin Islam mewajibkan agar merujuk kepada sumber wahyu atas nas-nas al-Quran dan Sunnah. Falsafah Sains Islam mempercayai sains hanyalah sebagai alat untuk mencari keredhaan Allah iaitu suatu bentuk pengabdian yang ada fungsi rohani dan sosialnya
3. SEJARAH KEWUJUDAN SAINS

Sains zaman pertengahan terdiri daripada sains daripada tamadun Islam dan sains tamadun barat. Sains di dalam tamadun Islam mula berkembang pada abad ke 8 Masihi dengan adanya penterjemahan karya-karya Greek di dalam bidang sains dan falsafah dari bahasa Greek ke bahasa Arab.Tamadun Islam mewarisi dan memajukan ilmu sains dan falsafah Greek melalui tokoh-tokoh seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, al-Khwarizmi, Ibn Haytham, Ibn Rushd dan Ibn Shatir dan ketika itu Eropah masih dalam zaman kegelapan tanpa kemajuan di dalam bidang ilmu, khusunya ilmu sains dan falsafah.

Bermula daripada abad ke 12 Masihi, sarjana-sarjana Eropah seperti Gerard of Cremona dan Adelard of Bath telah pergi ke Sepanyol yang sebahagian daripada wilayahnya pada masa itu telah pun ditakluki semula oleh orang-orang Kristian. Di tempat-tempat seperti Toledo dan Cordova, mereka telah menemui semula khazanah ilmu Greek yang kebanyakannya di dalam bahasa Arab dan diterjemahkan semula ke dalam bahasa Latin. Kemasukan semula ilmu Greek ini ke institusi-institusi pengajian tinggi di Eropah pada abad ke 12 dan 13 telah membawa kepada kebangkitan semula ilmu di Eropah. Khazanah ilmu ini menjadi bahan pengajian yang tinggi di Universiti-Universiti tertua di Eropah seperti Bologna di Itali, Oxford di England dan Paris di Perancis pada abad ke 13.

Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran adalah antara sebabpenting ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ketiga 13.Usaha-usaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasanteks yang dibuat oleh orang-orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam bidang-bidang epistemologi, metafizik dan etika berasaskan pemikiranal-Farabi,Ibnu Gabirol, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku.

Kerja-kerja terjemahan diperhebatkan. Cendekiawan Paris sibuk mempelajaribuku-buku yang berjudul Deintellectu et intelligibili kerap merujuk kepada IbnuRusyd sekerap rujukannya terhadap Aristotle. St Thomas Aquinas merujuk kepadaIbnu Sina dalam karyanya guaestiones disputaEae de veritate (Permasalahan yangdipertikaikan mengenai kebenaran). Buku perubatan Ibnu Sina iaitu Qanun Fial-Tib dipelajari di Eropah hingga abad ke-17.

Walaupun sains di dalam tamadun Islam dimajukan oleh tokoh-tokoh seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina dan al-Khwarizmi, namun ia gagal diinstitusikan sepenuhnya seperti mana ianya diinstitusikan di Eropah. Perkembangannya banyak bergantung kepada naungan politik dan ideologi para pemimpin, seperti Khalifah al-Ma’mun pada abad ke 9 yang mendirikan Baitul Hikma dan berfahaman Mu’tazilah (rasionalis). Dari segi martabat ilmu pula, ilmu Greek ini yang digelar ilmu awal, mempunyai taraf yang lebih rendah berbanding dengan ilmu agama seperti Al-Quran, Hadis, Fiqah, Usulludin dan sebagainya. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna bahawa ilmu falsafah sains Greek itu tidak dimanfaatkan langsung bagi tujuan agama. Contohnya ilmu astronomi digunakan bagi menentukan waktu solat dan puasa, arah kiblat dan pelayaran.

Pada keseluruhannya pandangan alam yang dibawa oleh sains zaman pertengahan masih merupakan lanjutan dari pandangan alam yang terkandung di dalam sains dan falsafah Plato dan Aristotle. Dari segi falsafah pula, usaha yang dijalankan oleh St. Thomas Aquinas di dalam mewujudkan sintesis di antara falsafah Aristotle dan fahaman Kristian pada abad ke 13 telah membolehkan sains diterima di dunia Kristian Barat.
4. PERBANDINGAN ANTARA CORAK SAINS ISLAM DAN SAINS BARAT
BIL
SAINS ISLAM
SAINS BARAT
1
Mengimani wahyu
Mengimani rasionalisme
2
Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari keredaan Allah; satu bentuk pengabdian yang ada fungsi rohani dan sosialnya.
Sains untuk sains
3
Terdapat banyak kaedah yang berasaskan kepada penaakulan dan juga wahyu baik objektif ataupun subjektif. Semuanya sah.
Hanya terdapat satu kaedah untuk mengetahui kebenaran.(empirikal)
4
Emosi perlu untuk meningkatkan pengetahuan sains dari segi rohani dan sosial.
Sikap bebas emosi sebagai kunci mencapai kerasionalan.
5
Memihak kepada kebenaran; jika sains suatu bentuk pengabdian, ahli sains mesti mengambil kira akibat-akibat yang timbul daripada penemuan-penemuannya. Ibadat ialah amalan dan natijahnya mestilah sesuatu yang baik. Jika tidak, ahli sains hanyalah agen yang tidak bermoral.
Tidak memihak (neutral) seorang ahli sains seharusnya meminati ciptaan ilmu baru dan natijah penggunaannya. .
6
Orientasi masyarakat: melakukan sains adalah tanggungjawab sosial (fardu kifayah), kedua-dua ahli sains dan masyarakat mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain dan saling bergantung.
Individualisme – Ahli sains seharusnya memisahkan diri mereka daripada keprihatinan mereka tentang sosial, politik dan ideologi.
7
Matlamat tidak menghalalkan cara; tidak ada keistimewaan di antara matlamat dan kaedah sains. Kedua-duanya seharusnya halal dan mesti di dalam batas-batas etika dan akhlak.
Matlamat menghalalkan cara; disebabkan penyelidikan sains itu merupakan sesuatu yang baik dan penting untuk kesejahteraan manusia, semua kaedahnya termasuk penggunaan haiwan hidup, manusia dan janin bayi dibenarkan.
8
Adanya subjektiviti; arah sains adalah subjektif. Pengesahan pernyataan bergantung kepada operasi pembuktian niat dan juga pandangan hidup sendiri. Pengakuan adanya subjektiviti memaksa ahli-ahli sains mengaku kelemahan-kelemahan mereka
Ketiadaan sikap berat sebelah. Pengesahan pernyataan sains hanya bergantung pada operasi-operasi pembuktiannya, dan tidak pada orang yang membuatnya
9
Sintesis sebagai cara dominan untuk mencapai kemajuan sains. Ini meliputi sintesis sains dan sistem nilai
Penurunan cara yang dominan untuk mencapai kemajuan sains.
5. TUJUAN DAN MATLAMAT SAINS

5.1 TUJUAN DAN MATLAMAT SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

a. Mendekat dan menghampirkan diri seseorang dengan khaliqnya, Allah S.W.T. Sains berkembang di atas prinsip cuba jaya (trial and error). Kegagalan yang dialami dalam percubaan untuk mencapai kejayaan dalam proses eksperimen menimbulkan kesedaran dan keinsafan. Ini akan mendekatkan diri seseorang kepada Allah S.W.T.

b. Membentuk dan membina muslim soleh dan muslimah solehah. Insan yang baik dan seimbang dari segi rohani dan jasmani, yang mempunyai akal budi, baik akhlak dna pekerti, meningkatkan martabat diri bagi mencapai matlamat insane unggul, keunggulan dalam semua aspek intelektual, fizikal dan spiritual bagi memenuhi prinsip “ulama ialah pewaris para nabi”.

c. Membolehkan manusia mencapai matlamat kesempurnaan tujuan kewujudannya. Untuk memperhambakan diri dan beribadat kepada Allah S.W.T. Baik benih dalam kemajuan sains pertanian misalnya, dapat mempertingkatkan produk pertanian, para petani berpeluang menunaikan ibadat zakat, memberi sedekah dan menampung keperluan bekalan makanan yang diperlukan oleh masyarakat setempat. Baik baka dan biak baik dalam sains penternakan membolehkan seseorang penternak mengeluarkan zakat ternakan, menyediakan haiwan untuk tujuan melakukan qurban, menyembelih aqiqah dan sebagainya.

d. Mewujudkan kemakmuran dan membawa kesenangan hidup. Kemakmuran ekonomi melalui peningkatan hasil pengeluaran. Memperbaiki taraf hidup melalui penambahan kadar pendapatan, membawa kekayaan melalui pelbagai sector ekonomi. Membawa kemudahan dan kesenangan (pencapaian kemajuan dalam teknologi untuk beribadah kepada Allah S.W.T), contohnya kompas dan jam untuk mengetahui dan menentukan arah kiblat dan waktu solat. Teknologi pengangkutan laut, darat, udara untuk kemudahan perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji, umrah dan sebagainya.

e. Memperoleh dan mencapai kecemerlangan hidup dalam semua bidang dan aspek kehidupan. Kecemerlangan hidup di dunia adalah untuk mencapai kesejahteraan dan kegemilangan hidup di Akhirat kerana dunia menjadi landasan dan jalan untuk menuju Akhirat.

5.2 TUJUAN DAN MATLAMAT SAINS MENURUT PERSPEKTIF BARAT

a. Melahirkan perkembangan masyarakat intelektual melalui penyelidikan dan kajian yang dijalankan beserta teori-teori yang dihasilkan. Sekaligus dapat memperkembangkan ilmu sedia ada serta penemuan-penemuan baru dapat didedahkan kepada generasi-generasi yang menjadi pelapis kemajuan pada masa akan datang.

b. Mencapai kemajuan dan kecemerlangan hidup di dunia semata-mata. Setiap penghasilan melalui kajian yang dijalankan dapat membantu dan memberi impak positif kepada masyarakat tidak kurang juga dengan impak negatif yang kemungkinan besar akan menular dalam kalangan masyarakat. Hasil daripada penemuan-penemuan baru ini tetap diteruskan sekalipun penghasilannya mengandungi unsur-unsur negatif kerana ‘sains untuk sains’ adalah merupakan salah satu ciri sains barat yang menerangkan bahawa sains hanyalah sebagai alat untuk perkara-perkara yang melibatkan keduniaan dan sains dan agama merupakan dua bidang yang perlu diasingkan dan tidak boleh dicampur-aduk.

c. Mencapai kemakmuran dan kesenangan hidup yang lebih bersifat individualistik dan materialistik. Dengan menggunakan prinsip,
‘matlamat menghalalkan cara’,maka segala matlamat atau objektif yang ingin dicapai akan dilaksanakan tanpa mengira impak negatif terhadap hidupan lain seperti haiwan dan mungkin juga memberi kesan kepada manusia itu sendiri.

6. BIDANG-BIDANG ILMU SAINS

6.1 TAMADUN ISLAM

a. FIZIK

Tokoh fizik Islam yang merupakan ahli falsafah Turki, Al-Farabi (872-950 M) telah mengkaji tentang bunyi dalam muzik dalam bentuk gelombang udara. Ibn Sina (980-1037 M) pula telah mengkaji perkara tentang halaju bunyi dan cahaya seperti terdapat dalam bukunya al-syifa (penyembuhan). Beliau berpendapat bahawa kesan cahaya bersifat serta-merta, sementara ada sesuatu halaju yang menyebabkan bunyi boleh didengar beberapa ketika selepas kejadian bunyi berlaku. Tetapi Al Haitham (965-1039 M) yang terkenal Di Barat sebagai al-Hazen telah menyangkal pendapat ini dan telah dapat membuktikan secara eksperimen bahawa cahaya juga ada halaju yang terhingga

b. KIMIA

Tokoh kimia seperti Jabir (abad ke-8 M) dan al- Iraqi (abad ke-13 M) menegaskan penumpuan kimia kepada peningkatan rohani, penukaran daripada jiwa yang rendah kepada jiwa yang sempurna seperti penukaran sesuatu logam murah kepada emas yang mempunyai ciri-ciri murni dan stabil. Hakikat ini bahawa penukaran jasmani (fizis) suatu logam kepada emas itu mustahil, tetapi aspek rohani manusia tidak terhad perkembangannya seperti had yang dikenakan kepada bahan logam. Suatu jiwa itu, melalui proses kimia dan kehadiran suatu agen rohani, boleh terlepas daripada belenggu bahan kejasmanian untuk bertukar menjadi suatu jiwa yang murni

c. ASTRONOMI

Imam al-Syafii merupakan seorang ahli fikah yang muktabar sendiri, juga seorang ahli dalam penggunaan bintang untuk menunjuk arah dan sebagainya. Malahan beliau menyatakan bahawa Allah telah menjadikan matahari, bulan, bintang dan gunung untuk menentukan arah. Beliau memberi hujah bahawa manusia berijtihad untuk mencari kiblat, iaitu arah ke masjid al-Haram di Mekah, dengan menggunakan ilmu bintang sekiranya mereka belum mengetahui arah yang betul

6.2 TAMADUN BARAT

a. SAINS MEKANIK

Aristotle merupakan seorang tokoh barat yang mengutarakan teori gerakan iaitu kelajuan berkadar terus dengan daya penggerak dan berkadar songsang dengan rintangan, i.e.V F/R. Implikasinya: Jika dua objek A dan B dilepaskan dari ketinggian h, di mana A adalah dua kali ganda lebih berat dari B.



b. GEOLOGI

James Hutton (1726 – 1797) merupakan tokoh geologi yang mengutarakan prinsip yang dinamakan oleh Lyell (1830) sebagai uniformitarianisme. Mengikut prinsip ini, proses-proses yang menukarkan bentuk lapisan-lapisan bumi sama sahaja dengan yang ada pada masa silam, masa kini serta pada masa akan dating. Beliau juga mengatakan bahawa proses-proses yang mengubah lapisan bumi tesebut beroperasi dalam jangka waktu yang panjang. Lynell, (1797 – 1873) anak murid kepada Hutton, kemudian telah menambah lagi fosil-fosil yang berlainan yang didapati dalam lapisan-lapisan berlainan menjadi dalil kepada perubahan spesies yang berlaku. Kedua-dua pendapat inilah yang telah dipinjamkan atau telah mempengaruhi Darwin (1809 – 1882 M) dalam mencipta teori evolusinya, yang secara ringkas mengatakan bahawa spesies akan tetap berubah kerana evolusi akan tetap berlaku melalui pemilihan tabii




7. PERANAN SAINS

7.1 PERANAN SAINS DARI PERSPEKTIF TAMADUN ISLAM

a. Memastikan manusia dapat mempelajari dan memahami nilai kuasa.Islam telah mengajak manusia berfikir untuk mempelajari dam memahami nilai -nilai dan kuasa sebenarnya dengan mula-mulanya mempelajari dan memerhatikan fenomena fizik kosmos dengan tujuan merenung kepada keajaiban dan rahsianya. Dengan cara ini dapat mengarahkan fikiran manusia memikirkan keAgungan dan keBesaran Penciptanya iaitu tuhan Yang Maha Esa.

b. Membuat penilaian pembangunan dalam konteks islam berdasarkan prinsip-prinsip yang dikemukan oleh (Gaafar Sheikh Idris, 1977), Profesor Khurshid Ahmad telah mengatakan:

§ “Konsep Islam terhadap pembangunan mempunyai ciri-ciri yang menyeluruh dan termasuklah aspek-aspek moral, kerohanian dan kebendaan”.

§ “Pembangunan menjadi kegiatan yang diarahkan kepada nilai dan matlamat, dan ditujukan kepada pengoptimuman keselesaan manusia dalam kesemua aspek tersebut.”

§ “Moral dan bahan, ekonomi dan social, rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan. Matlamatnya bukan sahaja kebajikan di dunia sahaja malah kebajikan dituntut olaeh Islam menjangkau kehidupan di akhirat dan tidak terdapat pertentangan diantara kedua-duanya,”

7.2 PERANAN SAINS DARI PERSPEKTIF TAMADUN BARAT

a. Meletakkan Sains dan teknologi ke taraf yang tinggi, iaitu sebagai cara untuk sampai kepada kemajuan dan kesempurnaan manusia. Sains dan teknologi berperanan mengubah alam sekitaran melalui pencapaian-pencapaian berupa kebendaan, dan manusia dianggap akan menjadi lebih sempurna dan maju melalui keselesaan alam sekitarnya. Pembangunan dalam konteks ini dihadkan semata-mata kepada pembangunan kebendaan yang seterusnya mengakibatkan perubahan social hasil daripada sambutan manusia terhadap perubahan sekitaran tersebut.

7. KESIMPULAN

Dalam membicarakan perbandingan antara sains dan teknologi dalam konteks tamadun Barat dengan Islam, dapat dirumuskan bahawa kedua-dua system hidup tersebut ada pentafsiran yang berbeza mengenai kedudukan cabang-cabang ilmu dan peranan manusia di atas muka bumi ini.

Kita juga dapat melihat bagaimana tamadun Barat mentakrifkan kesempurnaan sebagai kepuasan hidup manusia melalui kebendaan semata-mata atau dalam erti kata lainnya, lebih bersifat materialistik.

Manakala Islam pula menegaskan bahawa kesempurnaan manusia akan hanya boleh dicapai melalui kesempurnaan iman, iaitu sedekat manakah manusia berupaya mentaati Allah. Implikasinya, kesempurnaan tamadun manusia akan hanya dicapai jika manusia berusaha supaya moral dan kebendaan, ekonomi dan sosial, kerohanian dan kejasmanian akan tunduk kepada kehendak Allah S.W.T.

Kedudukan sains dan teknologi dalam islam jelas. Ia semata-mata bertujuan membantu manusia kearah kesempurnaan iman-nya. Sains dan teknologi merupakan jalan, manakala kesempurnaan iman itulah matlamat yang ingin diperolehi.

BIBLIOGRAFI